Hai semua.....
Hari ni sis nak kongsi sedikit mengenai kepentingan kemahiran memasak bagi seorang wanita.
Ada sepotong ayat yang mengatakan: Perempuan belajar tinggi mana pun dapur jugalah tempatnya.
Betul ke betul? Hehehe...
Kenapa ya wanita ni perlu berada di dapur?
1. Mengeratkan kasih sayang suami isteri
Seorang isteri mampu menawan hati sang suami hanya melalui masakan. Rugi lah jika tak pandai memasak kan? Masakan itu satu alat yang membuatkan suami berkali kali jatuh cinta pada anda si isteri.
Jika tidak mahir memasak, belajar la. Masuk kelas memasak, atau tengok je YouTube, banyak sangat video memasak yang hebat dan mudah. Anda juga boleh join komuniti resepi di Whatsapp Group atau Telegram. Zaman moden ni tiada alasan untuk tidak pandai.
2. Mak Mertua lebih sayang
Sejuk hati mak mertua bila dia tahu anak dia terjaga makan minum sebab menantu dia boleh masak. Mesti anda rasa bangga kan bila anda di puji oleh mak mertua? Lebih-lebih lagi bila menu yang anda masak tu setanding dengan masakan dia.
Tapi jangan lah risau jika anda belum sampai tahap "pro" memasak. Mak mertua ni dia bukan minta lebih-lebih pon. Kita dah masuk dapur pon dia dah lega...
3. Menjimatkan perbelanjaan
Apa yang akan berlaku jika anda sering makan di kedai? Pastilah duit anda akan mengalir laju seperti air terjun kan?
Zaman moden sekarang ni, makan nasi goreng dan air teh o ais pun boleh jadi harga RM15. Itu baru sekali makan. Kalau makan suami isteri dan anak-anak, sekali duduk je boleh menjangkau RM50 ke RM100. Bayangkan kalau setiap hari makan beli?
Jadi jika anda tahu memasak, anda dapat berjimat. Penyediaan makanan di rumah mampu memberi anda penjimatan kos sebanyak 50%-70%. Betul ke betul? Duit lebih ni boleh la simpan untuk honeymoon atau shopping kan....
4. Jana pendapatan dari rumah
Bila masakan anda di gilai ramai, anda pun boleh jana pendapatan melalui masakan itu. Ambil lah order untuk hujung minggu, boleh la dapat duit poket. Food industry adalah sangat menguntungkan jika anda ada kepakaran dalam penyediaan makanan.
Mungkin anda boleh ada "signature" dish anda sendiri. Jual kek ke, nasi lemak ke, kuih karipap ke dan sebagainya. Boleh la open order untuk kawan-kawan.
5. Menjaga kesihatan
Apabila kita pandai menyediakan masakan sendiri di rumah, secara tidak langsung kita sedang menjaga kesihatan kita yang sangat bernilai. Bila kita masak sendiri, kita tahu berapa sudu garam kita letak, berapa sudu gula, dan pakai banyak minyak atau tidak.
Jadi sangat penting kita menekankan hidangan yang sihat dan berkhasiat kerana kesihatan itu sangat bernilai. Rugi kan kalau tak pandai masak.
No comments:
Post a Comment